PENGENALAN

Di Malaysia kacang tanah di gunakan dalam pelbagai bentuk seperti kacang rebus, kukus, goreng dan panggang. Kacang tanah juga digunakan dalam dalam bentuk terproses seperti kuah sate, kacang tanah bersalut tepung atau coklat, kacang tumbuk, biskut dan mentega kacang tanah. Kawasan utama pengeluaran kacang tanah di Malaysia ialah Kelantan (28 ha), Perak(10 ha) dan Sabah (30 ha). Data keluasan ini adalah bagi Tahun 2017 (Booklet Statistik Tanaman-Sub Sektor Tanaman Makanan) 2018.

 

MORFOLOGI TANAMAN KACANG TANAH​

Kacang tanah (Arachis hypogaea L.) tergolong dalam keluarga Leguminosae. Tanaman ini jenis semusim, tumbuh sama ada menegak ataupun menjalar di permukaan tanah. Pokok matang boleh mencapai ketinggian 90 cm bergantung kepada varieti kacang tanah.

Baca Selanjutnya...