Pisang, (Musa Paradisica Linn.) tergolong di dalam keluarga Musaceae. Pisang yang boleh dimakan berasal dari M. accuminata Colla dan M. balbisiana Colla. Penanaman pisang sebagai sumber makanan tersebar luas di kawasan tropika. Negara-negara Amerika Latin, Kepulauan Caribean dan beberapa buah negara di Asia merupakan pengeluar dan pengeksport utama pisang di dunia. Di Asia pula, negara utama pengeluar pisang adalah Filipina, Thailand, Indonesia, India dan Malaysia.
Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pada masa sekarang, kultivar pisang berangan, cavendish dan mas ditanam secara komersil untuk dieksport. Manakala pisang raja, pisang rastali dan pisang nangka juga mempunyai nilai komersil untuk permintaan pasaran tempatan. Kebanyakan tanaman pisang didapati ditanam secara komersil di negeri Johor, Perak, Kelantan, Pahang, Kedah dan Selangor.
Pisang masak boleh dimakan segar atau diproses menjadi berbagai-bagai produk seperti kerepek, hirisan dalam sirap atau buah koktel, pisang kering atau salai, makanan bayi, kerepek, keropok, jem, jeli, serbuk, minuman dan juga cuka. Pemprosesan buah pisang di peringkat matang terhad kepada pengeluaran produk kerepek dan tepung pisang.
Baca Selanjutnya...