Tanaman kelapa (Cocos nucifera L.) digolongkan dalam keluarga Palmae. Tanaman ini dipercayai berasal dari kepulauan Pasifik dan tersebar luas di 93 buah negara. Jumlah keluasan kelapa di dunia pada tahun 2017 dianggarkan sebanyak 12.1 juta hektar dengan pengeluaran sebanyak 68,833 juta biji dimana seluas 10.8 juta hektar (89.3%) terletak di kawasan Asia-Pasifik (Sumber :
Coconut Statistical Yearbook 2017, International Coconut Community).
Pada tahun 2017, negara pengeluar utama kelapa dunia adalah India (23,904 juta biji/tahun), diikuti Indonesia (14,356 juta biji/tahun) dan Filipina (14,049 juta biji/tahun). Manakala keluasan penanaman utama kelapa dunia didahalui oleh Filipina (3.6 juta hektar), diikuti Indonesia (3.5 juta hektar) dan India (2.1 juta hektar).
Di Malaysia, kelapa merupakan salah satu tanaman yang penting untuk ekonomi negara. Sebahagian besar yanaan kelapa diusahakan secara tradisional oleh pekebun-pekebun kecil. Pada tahun 2017, tanaman kelapa merupakan tanaman industri keempat terpenting di Malaysia selepas kelapa sawit, padi dan getah.
Pada tahun 2017, Malaysia mengimport kelapa dan produk-produk berasaskan kelapa bernilai RM1.07 bilion berbanding dengan jumlah eksport berjumlah RM995.4 juta. Produk kelapa yang diimport dan dieksport ialah kelapa tua, kelapa muda, minyak kelapa, kopra, kelapa parut kering, santan kelapa dan minyak kelapa dara (Sumber: Buku Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia Tahun 2018)
Baca Selanjutnya...
Baca Selanjutnya...