Facebook Twitter Google+
 

​Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies.

Orkid boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar iaitu orkid simpodium dan monopodium.

Genus-genus orkid yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium, manakala untuk kumpulan monopodium ialah Arachnis, Renanthera, Aranda, Phalaenopsis, Halttumara dan Mokara.