PENGENALAN
Halia adalah rempah-ratus yang banyak digunakan dalam masakan timur dan barat. Tanaman halia ini berasal dari Asia Tenggara dan tersebar meluas di serata dunia. Negara yang banyak mengeluarkan halia termasuklah Thailand, China, India, Australia dan Nigeria.
KHASIAT DAN KEGUNAAN
Halia sering digunakan sebagai rempah dalam masakan dan juga sebagai ubatan tradisional. Tanaman ini dikatakan dapat membuang angin yang terdapat di dalam usus, membantu menghadamkan makanan dan menguatkan tenaga batin. Selain itu, halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti batuk, demam, migrain, sakit gigi, sengugut dan sesak dada. Halia juga boleh diekstrak bagi pengeluaran minyak. Minyak yang diekstrak dijadikan bahan perisa minuman, konfeksionari, kosmetik serta ubatan. Tanaman ini juga boleh diproses untuk dijadikan serbuk halia jeruk, halia dan bahan perasa untuk pelbagai makanan. Bahan aktif di dalam ekstrak halia ialah oleoresin dan gingerols.
Baca Selanjutnya...