Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Ikan Tilapia

​​​

WhatsApp Image 2020-01-28 at 11.23.10 AM (1).jpeg

       

 

Tilapia atau nama saintifiknya Tilapia sp. adalah spesis ikan air tawar yang berasal dari Benua Afrika. Ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 50 an. Pada pertengahan tahun 80 an, Tilapia merah (Oreochromis niloticus) iaitu spesis kacukan yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat serta warna yang lebih menarik mula diternak.

 

Pengeluaran ikan tilapia dunia telah meningkat dengan ketara dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu iaitu daripada 351,432 tan metrik pada 1989 kepada 1,099,155 tan metrik pada tahun 1999.

Di Malaysia sebanyak 21,266 tan metrik ikan tilapia telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2002 dengan nilai RM 101.86 juta. Ini merupakan 46% daripada jumlah pengeluaran akuakultur air tawar negara.

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) telah mengenalpasti sub sektor akuakultur sebagai industri yang mampu meningkatkan pengeluaran ikan untuk keperluan negara. Tilapia adalah merupakan spesis utama ternakan yang telah ditetapkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) selain udang galah, ikan siakap dan udang harimau