​​PENGENALAN

Tanaman merungai berasal dari India dan Sri Langka. Merungai telah ditanam secara meluas dikawasan tropika dan subtropika. Tanaman ini popular di kalangan masyarakat india dan sering kali digunakan dalam masakan. Tanaman ini juga dikenali sebagai superfood atau miracle tree kerana ubat yang berkesan untuk kekurangan zat makanan. Moringa kaya dengan pemakanan kerana adanya pelbagai phytochemicals penting yang terdapat dalam daun, buah dan biji. Merungai dikatakan menyediakan 7 kali lebih banyak vitamin C daripada oren, 10 kali lebih banyak vitamin A daripada lobak merah, 17 kali lebih banyak kalsium daripada susu, 9 kali lebih banyak protein daripada yogurt, 15 kali lebih banyak kalium daripada pisang dan 25 kali lebih banyak besi daripada bayam.​

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN

​Tanaman merungai mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan. Secara tradisionalnya tanaman merungai ini dapat membantu penghadaman, mengempiskan perut lepas bersalin, mengurangkan sakit sendi, gout, mengurangkan sakit kepala dan sebagainya. Dari segi saintifik pula, tanaman merunggai dapat menurunkan tahap kolestrol, merncatkan pertumbuhan kanser pada hati dan kulit, antiulser dan antipasmodik.