​ 

 

TANAMAN KUCAI (Allium tuberosum) atau nama lain dikenali sebagaiAllium ramosum adalah sejenis tanaman dari keluarga Alliaceae iaitu sama dengan Keluarga Bawang. Daun kucai merupakan sejeis sayuran berdaun yang juga sesuai di tanam di kawasan tanah rendah atau tanah tinggii untuk pasaran segar​. Tanaman ini boleh di gunakan sebagai Sayuran atau pun sebagai Bunga Hiasan dimana ia memang sesuai ditanam sebagai hobi yang memberi faedah jika ditanam disekeliling rumah. 

 
Di Malaysia penanaman kucai lazimnya menggunakan bebawang (bulb) atau pun dengan menggunakan biji benih yang diimport. Bagaimana pun lebih praktikal untuk menggunakan bebawang yang matang dan disusun dalam batas tanah sedalam 2-3 cm dalam tanah dengan jarak tanaman 30 cm x 50 cm. Pada peringkat awal penanaman perlu disiram sebanyak 2 kali sehari dengan sistem pengairan sempurna sehingga tanaman kucai matang (lazimnya 50 -60 hari lepas tanam). Tanaman kucai yang berdaun lembut daripada umbisi perlu dijaga dengan baik dari pringkat awal penanaman.

 

 

Baca Selanjutnya...