PENGENALAN
Spesies ini berasal dari Semenanjung Malaysia, Thailand Selatan dan Indonesia tetapi ditanam di seluruh kawasan tropika.
KHASIAT DAN KEGUNAAN
Di Asia Tenggara, bunga, buah dan tunas muda dimakan sebagai rempah dalam kari, sup ikan, sayuran goreng dan salad. Buahnya masam tetapi boleh dimakan dan boleh digunakan dalam masakan. Di Malaysia, kantan digunakan dalam masakan laksa dan banyak hidangan tempatan yang lain. Kantan juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Ia juga ditanam secara komersial sebagai bunga potong di Hawaii dan Australia.
Kantan digunakan dalam perubatan tradisional. Buah digunakan untuk merawat sakit telinga dan daun digunakan untuk membersihkan luka. Secara tradisinya, pengambilan pucuk bunga mentah dapat mengurangkan diabetes dan hipertensi. Batang juga mempunyai potensi digunakan dalam pembuatan kertas. Rizom kantan mampu menghasilkan pewarna kuning. Rhizomnya juga digunakan untuk membuang angin selepas bersalin dimana rhizom akan dimakan bersama-sama dengan sirih.