PENGENALAN

Pokok lawang dipercayai berasal dari China Tenggara dan Indo-China. Kini, tanaman ini boleh dijumpai di Asia Timur, Indo-China, Filipina dan Eropah. 

​KHASIAT DAN KEGUNAAN

Buah ini mengandungi minyak yang mengandungi kira-kira 85% anethole, methylchavicol dan safrole. Ia adalah bersifat antibakteria, carminativediuretic dan odontalgic. Buah ini mempunyai kesan antibakteria yang serupa seperti penisilin.
Ia diambil secara dalaman dalam rawatan sakit perut, gangguan pencernaan dan lumbago. Ia sering dimasukkan dalam rawatan untuk gangguan pencernaan dan campuran batuk. Buah ini juga sering dikunyah dalam kuantiti yang sedikit selepas makan untuk mempromosikan pencernaan.
Buah yang matang diproses menjadi ekstrak minyak pati dan dikeringkan untuk pelbagai kegunaan.​