Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi)adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Pangasianodon hypophthalmus berasal dari Sungai Mekong dan Sungai Chao Phraya di mana ikan ini diternak secara besar-besaran untuk dimakan. Ikan ini dijual di pasaran sebagai Ikan Dory, Swai, dan Basa.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesies ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan dari pokok di tepi sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak.
Ikan patin sungai (patin liar) mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar.
Baca Selanjutnya...