Ikan Kelisa juga dikenali sebagai ikan Arowana (Scleropages formosus). Ikan ini mempunyai nilai dan harga yang tinggi. Ikan ini boleh ditemui di Kepulauan Melayu termasuk Borneo, Bangka, Sumatera dan Semenanjung Malaysia.
Aktiviti penangkapan yang giat dijalankan sejak tahun 1980-an menyebabkan populasi ikan ini semakin berkurangan dan sukar ditemui. Akibat penurunan populasi yang begitu ketara, ikan ini telah disenaraikan di bawah Convention on the International Trade and Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) untuk mengawal spesies ini dari segi import dan eksport.
Ikan Kelisa jenis Crossback merupakan kacukan Malaysian Gold dengan Arowana Merah. Ia mempunyai chu halus dan tersusun rapi tetapi kepala tidak mempunyai tompokan emas. Crossback juga mempunyai warna emas "gold ring" yang lebih terang.
Baca Selanjutnya...