Facebook Twitter Google+

​​​Asal : Ciku merupakan sejenis buah tropika yang berasal dari Amerika Tengah.

Pokok ciku didapati ditanam di hampir semua negeri-negeri di kawasan tropika seperti India, Afrika, Kepulauan Indies, Filipina, Malaysia, kawasan tropika dan sub-tropika Amerika. Buah ciku boleh diproses kepada beberapa jenis hasilan yang berpotensi untuk dikomersialkan. Buah yang baru dipetik akan mengeluarkan getah berwarna putih. Buah yang cukup masak berkulit perang kemerahan, berbau harum dan rasanya manis.


Kawasan Utama Tanaman : Negeri-negeri utama penanaman ciku di Malaysia ialah Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Melaka. Kegunaan : Biasanya buah ciku enak dimakan segar dan merupakan buah yang berkhasiat.

Baca Selanju​​tny​​a...