SALAK
(Salacca endulis) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae iaitu sejenis tanaman dari keluarga menyamai tanaman kelapa sawit. Tanaman salak di Malaysia kurang dimajukan oleh petani tempatan kerana ia berduri dan tidak diminati oleh ramai petani. Petani lebih suka menanam pokok buah lain yang mudah diuruskan seperti durian, rambutan, dokong, manggis, kelapa dan sebagainya.
Terdapat beberapa jenis salak yang sesuai ditanam di Malaysia seperti Salak Raja (Z6), Salak Bali (Z7), Salak Pondoh (Belum Daftar) dan juga Salak Sabah (Belum Daftar). Pokok Salak rendah iaitu kira-kira 2-5 meter tinggi dan hampir-hampir tiada batang. Pokok ini tumbuh berumpun iaitu banyak mengeluarkan sulur anak. Hampir keseluruhan pokok salak berduri tajam terutamanya di pangkal pokok.
Pokok Salak adalah jenis 'diesius' dimana. bunga jantan tersusun rapat dalam jambak berbentuk jejari dan dalam kelompok yang mengandungi kuntum bunga. Tangkai bunga panjang. Bunga betina lebih besar dan lebar dan bertangkai pendek. Kelulut yang ada dikawasan kebun meningkatkan proses pendebungaan dengan cekap berbanding dengan kaedah pendebungaan berbantu sebelum ini. Buah salak berbentuk hampir bulat atau bujur. Warna kulitnya perang atau perang kemerahan. Kulit ini mempunyai lapisan sisik-sisik leper yang teratur bertindih-tindih dan rapat. Sebiji buah mengandungi 1-3 ulas yang berbiji. Isinya berwarna putih, krim, kekuningan dan selalu mempunyai rasa kelat manis atau manis.
Baca Selanjutnya...