Tilapia atau nama saintifiknya
Tilapia sp. adalah spesis ikan air tawar yang berasal dari Benua Afrika. Ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 50 an. Pada pertengahan tahun 80 an, Tilapia merah (Oreochromis niloticus) iaitu spesis kacukan yang mempunyai kadar tumbesaran yang cepat serta warna yang lebih menarik mula diternak.
Pengeluaran ikan tilapia dunia telah meningkat dengan ketara dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu iaitu daripada 351,432 tan metrik pada 1989 kepada 1,099,155 tan metrik pada tahun 1999. Di Malaysia sebanyak 21,266 tan metrik ikan tilapia telah berjaya dikeluarkan pada tahun 2002 dengan nilai RM 101.86 juta. Ini merupakan 46% daripada jumlah pengeluaran akuakultur air tawar negara.
Baca Selanjutnya...
Baca Selanjutnya...