PENGENALAN

 

Tanaman kesum {Polygonum minus} berasal dari kawasan Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia. la didapati tumbuh liar, terutama di kawasan lembap seperti di tepi parit atau dekat dengan sungai dan tasik. la juga didapati hidup dengan subur di kawasan sejuk di tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands.​


KHASIAT DAN KEGUNAAN

 

Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas. la juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu. Seeara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.


Daun kesum yang beraroma boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia aldehid alifatik yang tinggi (60%) dan komponen kimia utamanya ialah dekanal dan dodekanal. Sebagai punca bahan semula jadi aldehid alifatik, minyak kesum pula dipereayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.