Taksonomi

 

Kingdom: Anamalia
Class: Actinopterygii
Order: Perciformes
Family: Osphronemidae

 
Nama Saintifik
Trichopodus trichopterus
(Pallas, 1770)

 
Nama Tempatan: Sepat Ronggeng
Nama Inggeris : Three spot Gouramy

 
Status Konservasi
Biasa dan mudah didapati. Tidak Tersenarai dalam IUCN Red List

 
Morfologi
Badan bentuk pipih. Berwarna perang keperakan dengan jalur menyerong berwarna gelap. Bahagian dorsal lebih gelap berbanding bahagian ventral. Sirip pektoral berwarna kemerahan. Terdapat satu tompok hitam gelap pada tengah badan dan satu tompok gelap pada pangkal sirip kaudal. Sirip pelvik membentuk filamen yang panjang sehingga atau melepasi sirip kaudal. Terdapat bintik-bintik kemerahan pada sirip anal dan bintik-bintik kekuningan pada sirip dorsal dan sirip kaudal. Sirip kaudal berbentuk sedikit emarginat.

 
Taburan & Habitat
Asia: Lembangan Sungai Mekong, Lembangan Chao Phraya, Thailand, Sumetera, Jawa, Borneo dan Semenanjung Malaysia

 
Semananjung Malaysia: Sungai, paya, dan terusan

Baca Selanjutnya...