​PENGENALAN

Lengkuas (Alpinia galanga) adalah sejenis herba berumbisi dari keluarga Zingiberaceae, sama seperti halia dan kunyit. Tumbuhan ini berasal daripada Asia Tenggara. Kebanyakan lengkuas yang di tanam di Malaysia adalah dari varieti yang banyak digunakan dalam masakan. Tanaman ini boleh hidup di dataran tanah rendah dan dataran tanah tinggi sehingga 1,200 meter diatas permukaan laut.

​KHASIAT DAN KEGUNAAN

Rizom lengkuas digunakan sebagai tonik penghadaman, anti-emetik, anti-kulat, antitumor, anti-helmintik, anti-diuretik, anti-ulseratif, penghadaman. Ekstrak rizom menunjukkan terdapat aktiviti anti-tuberkular, hipotermia, sakit perut bronkial, tonik, perut dan perangsang.

Ia juga digunakan sebagai penenang, meningkatkan selera makan, penyakit jantung, tonik afrodisiak, sakit reumatik, sakit dada, kencing manis, penyakit buah pinggang, pembasmian kuman. Rizom ini juga digunakan sebagai anti-mikrob, anti-bakteria, anti-radang dan agen perasa.

Bijinya digunakan sebagai kardiotonik, diuretik, hipotonik, antiplatelet, anti-tumor dan anti-kulat.