​TANAMAN KANGKONG (Impomea spp) merupakan sejenis tanaman dalam kategori sayur daun yang popular di negara kita untuk pasaran domestik. Kangkong tergolong dalam famili Convolvulaceae ddipercayai ia berasal dari India.​​

 
Kangkung terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Kangkung Darat(Impomea reptans) dan Jenis Kangkung Air (Impomea aquatica). Perbezaannya boleh dilihat pada bentuk daun, batang dan warna bunga. Kangkung darat berdaun tirus, batang berwarna hijau cerah dan bunga putih. Manakala kangkung air pula berdaun agak lebar, batang lebih besar dan hijau tua, bunga kemerah-merahan. Kangkung darat boleh ditanam di batas seperti sayur lain, tetapi kangkung air hanya hidup di kawasan yang berair. 


Baca Selanjutnya...