​ 

JAMBU BATU (Psidium guava) merupakan sejenis buah yang popular di Malaysia sebagai buah untuk dimakan segar dan juga sesusai untuk diproses untuk pelbagai produk yang berasaskan jambu batu. Jambu Batu dari segi sejarah mula ditanam secara komersil di Perak dan Selangor sekitar awal tahun 1980'an dan kini ditanam dibanyak kawasan di Johor, Pahang dan beberapa negeri lain.​​

 
Terdapat 2 bentuk buah varieti jambu batu jenis ini iaitu Oval dan bulat. Sebanyak 16 jenis Klon Jambu Batu terdiri daripada Varieti GU 1 sehingga Varieti GU 16 dimana Varieti GU 1 - GU 11 dan GU16 adalah varieti jambu batu berbiji sementara Varieti GU 12 - GU 15 adalah jambu tanpa biji. 

 
Varieti yang disyorkan adalah seperti GU 8 , GU 9 dan GU 10 (Berbiji). Varieti jambu batu terkini paling popular adalah Varieti LoHan (GU16) yang komsersil kerana buah berkuaiti dan hasil tinggi untuk kegunaan makan segar.

 

 

Baca Selanjutnya...