Ikan Sepat (Trichogaster spp) merupakan sejenis ikan air tawar yang popular di kawasan Asia Tengara dan beberapa negara lain sebagai ikan yang dimakan dan juga untuk akuarium. Ikan Sepat merupakan dari kumpulan Ikan Gourami yang dianggap antara spesis yang kadang-kadang ada dipelihara dalam akuarium terutama beberapa jenis seperti Sepat Siam (Trigchogaster pectoralis), Sepat Rawa (Trichogaster tricopterus) dan ikan Sepat Mutiara(Trichogaster leeri). Spesis sepat mutiara dikatakan sebagai spesis yang sukar dipelihara untuk dimakan tetapi ada dikalangan kita ada yang berpendapat bahawa spesis itu yang tidak ada nilai komersil. Pada zaman dulu, ikan sepat ini memang banyak didapati dikawasan sawah padi tetapi sekarang ia sudah pun berkurangan atau hampir pupus kerana penggunaan banyak bahan kimia dalam sawah padi. Peranan ikan sepat dalam habitat semulajadi penting untuk kita dapat menentukan kualiti air dan nilai alam sekitar.
Baca Selanjutnya...