PENGENALAN

​Sambung nyawa merupakan tanaman semak dan merumpun. Orang negara barat memangil pokok sambung nyawa dengan nama " Purple Passion Vine" kerana pokok ini mempunyai daun yang berisi dan urat yang berwarna ungu. Sambung nyawa berasal dari negara China. Habitatnya berada di hutan belantara, termasuk semak belukar. ​


KHASIAT DAN KEGUNAAN

Kandungan kimia dalam daun antaranya ialah minyak asiri, saponin dan flavonoid. Daun sambung nyawa boleh digunkan untuk menurunkan panas badan, mengubati sakit limpa, menghilangkan rasa sakit akibat lebam, mengubati sakit ginjal, sakit kulit, menurunkan gula dalam darah, tekanan darah, kolestrol, diabetes, resdung dan sebagainya.