Sengkuang berasal dari Amerika Latin seperti Mexico dan Amerika Tengah namun kini ia telah ditanam di kawasan Tropika. Ia adalah sejenis tanaman yang mempunyai akar tunjang berubi dan tergolong dalam Famili Leguminosae. Sengkuang tergolong dalam tanaman singkat masa. Ia boleh dimakan segar atau dimasak sebagai sayur dan sebagai hidangan salad. Sengkuang berbentuk bulat gasing atau bulat lonjong (panjang) sementara isinya berwarna putih dan berdiameter antara 10 -15cm. Isi sengkuang juicy (watery flesh) mempunyai rasa yang manis dan rangup manakala kulit sengkuang bewarna perang muda.
BOTANI TANAMAN
Pokok sengkuang mempunyai sifat - sifat yang hampir sama dengan pokok kekacang yang lain tetapi ia mempunyai akar tunjang yang berubi besar. Pokoknya tumbuh melilit atau memanjat, mempunyai batang dan daun sedikit berbulu. Daunnya 5 - 10cm panjang. Bunganya berwarna biru keunguan (violet blue) dan kadangkala putih. Buahnya mengandungi 4-10 biji berdiameter antara 10 -15cm. Biji berbentuk hampir 4 segi ke bulat, bewarna perang, kuning atau merah.
Baca Selanjutnya...