Facebook Twitter Google+

Belimbing Averrhoae carambola L adalah sejenis buah tropika yang berasal dari gugusan pulau-pulau Asia Tenggara iaitu Pulau Jawa, Indonesia hingga ke Filipina. Selain dari Malaysia, pengeluar dan pengeksport utama belimbing di dunia ialah Brazil dan Israel. Buah belimbing mengandungi vitamin A dan C yang tinggi. 

 

Kebiasaannya, buah belimbing dimakan segar. Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem, gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus, halwa dan sebagainya. Buah belimbing yang muda pula boleh dijadikan jeruk.

Baca Selanjutnya...​​​