​​Sebahagian besar obor-obor merupakan haiwan laut yang berenang bebas yang mempunyai bentuk badan seperti loceng dan tentakel yang menjala, dan ada spesis obor-obor yang melekat di dasar laut. Badan obor-obor seolah-olah berdenyut yang memberikan pergerakan kepada obor-obor. Tentakel obor-obor mempunyai sel-sel yang boleh menyengat dan digunakan untuk menangkap mangsa dan mempertahankan diri daripada pemangsa.

Obor-obor juga dimakan oleh manusia mengikut budaya tertentu, dan dianggap sebagai makanan istimewa di beberapa buah negara Asia, di mana spesies obor-obor dari order Rhizostomae akan ditekan dan dimasinkan untuk mengeluarkan air yang berlebihan, dan dijadikan sebagai makanan​

Baca Selanjutnya...