Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar.

Terdapat empat spesies belangkas di dunia itu Carcinoscorpus rotundicauda, Tachypleus gigas, Tachypleus tridetotus dan Limulus polyphemus. Tiga spesies terdapat di Asia, Carcinoscorpus rotundicauda boleh dijumpai di kawasan paya, manakala Tachypleus gigas di kawasan pinggiran pantai.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem imun yang menakjubkan.​

Baca Selanjutnya...