Ikan kacang terdiri dari famili Sphyranidae. Ikan kacang turut dikenali sebagai ikan alu-alu. Spesies yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah :
i) Ikan kacang-kacang mata besar (Sphyraena forsteri)
ii) Ikan alu-alu belang (Sphyraena jello)
iii) Ikan alu-alu besar (Sphyraena barracuda)
iv) Ikan alu-alu gigi gergaji (Sphyraena putnamae
Ikan Kacang-kacang juga dikenali dengan tempatan lain sebagai ikan Barracuda dan ikan Alu-alu termasuk dalam Famili SPHYRAENIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Nama sainstifik : Sphyraena barracuda
Nama Inggeris : Great barracuda
Nama tempatan yang sah : Alu-alu besar
Nama tempatan lain : Alu-alu, Kacang-kacang, Pengaluan
Nama sainstifik : Sphyraena jello
Nama Inggeris : Pickhandle barracuda, Banded barraacuda
Nama tempatan yang sah : Alu-alu belang
Nama tempatan lain : Alu-alu, Kacang-kacang
Nama sainstifik : Sphyraena putnamae
Nama Inggeris : Sawtooth barracuda, Chevron barraacuda
Nama tempatan yang sah : Alu-alu gigi gergaji
Nama tempatan lain : Alu-alu, Curut, Kacang lopek, Kacang merah, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Titil
Nama sainstifik : Sphyraena forsteri
Nama Inggeris : Bigeye barracuda, Forster's barraacuda
Nama tempatan yang sah : Kacang-kacang mata besar
Nama tempatan lain : Alu-alu, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Tenuk Titil
Nama sainstifik : Sphyraena obtusata
Nama Inggeris : Obtuse barracuda, Forster's barraacuda
Nama tempatan yang sah : Kacang-kacang dempak
Nama tempatan lain : Alu-alu, Curut, Kacang lopek, Kacang merah, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Tenuk, Titil
Habitat : Demersal berhampiran terumbu karang
Lokaliti : Perairan pantai sehingga kedalaman 40 meter
Saiz : 20- 40 sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Trawler, Hook & Line
Purata pendaratan ikan kacang adalah 7,000 t.m – 8,000 t.m/tahun.
Baca Selanjutnya...Baca Selanjutnya...