Ikan Mata besar juga dirujuk sebagai ikan Lolong yang termasuk dalam dua famili iaitu PRIACANTHIDAE danCARANGIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Famili : PRIACANTHIDAE
Nama sainstifik : Priacanthus blochi
Nama Inggeris : Shortfin bigeye
Nama tempatan yang sah : Lolong bara tompok
Nama tempatan lain : Barau-barau laut, Lolong bara, Mata Besar, Temenggong
Nama sainstifik : Priacanthus sagittarius
Nama Inggeris : Arrow bulleye
Nama tempatan yang sah : Lolong bara berbintik perang
Nama tempatan lain : Barau-barau laut, Lolong bara, Mata Besar, Panda merahTemenggong
Nama sainstifik : Priacanthus macracanthus
Nama Inggeris : Brownspot bigeye
Nama tempatan yang sah : Lolong bara berbintik kuning
Nama tempatan lain : Barau-barau laut, Lolong bara, Mata Besar, Pada merah,Temenggong
Nama sainstifik : Priacanthus tayenus
Nama Inggeris : Purple-spotted bigeye
Nama tempatan yang sah : Lolong bara berbintik hitam
Nama tempatan lain : Barau-barau laut, Lolong bara, Mata Besar, Pada merah,Temenggong
Famili : CARANGIDAE
Nama sainstifik : Selar boops
Nama Inggeris : Oxeye scad
Nama tempatan yang sah : Lolong kuning
Nama tempatan lain : Basang-basang, Lolong, Lolong jalur, Lolong merah, Mata besar, Selar, Selar bulat, Selar kuning, Selar kuning jantan, Selar pucat, Temenong, Tulai
Nama sainstifik : Selar crumenophthalmus
Nama Inggeris : Bigeye scad
Nama tempatan yang sah : Lolong mata besar
Nama tempatan lain : Basung, Jamah, Lolong, Lolong jalur, Mata besar, Pelata bulat, Selar, Selar kuning jantan, Selar pucat, Temenong, Tulai
Habitat : Demersal berhampiran terumbu (Famili PRIACANTHIDAE)
Lokaliti : Perairan pantai yang sehingga kedalaman 100 meter
Saiz : 15 - 25 sm panjang keseluruhan
Habitat : Pelagik (Famili CARANGIDAE)
Lokaliti : Perairan pantai yang sehingga kedalaman 40 meter
Saiz : 22 - 25 sm panjang keseluruhan
Purata pendaratan ikan lolong bara adalah 17,000 t.m – 30,000 t.m/tahun.
Purata pendaratan ikan lolong adalah 21,000 t.m – 26,000 t.m/tahun.