Taksonomi
Kingdom :Animalia
Class :Malacostraca
Order :Depacota
Family :Palaemonidae
Nama Saintifik
Macrobrachium rosenbergii
(de Man, 1879)
Nama Tempatan: Udang Galah / Jenggo
Nama Inggeris: Giant freshwater prawn
Status Konservasi
Biasa tidak tersenarai dalam IUCN Red List.
Morfologi
Badan: Udang galah bersifat omnivor, cenderung nokturnal iaitu aktif pada waktu malam. Secara anatomi dan morfologi, jenis kelamin udang galah dapat dibezakan dengan jelas seperti berikut :
a. Udang Galah Jantan
-Lebih besar dan lebih cepat membesar
-Kaki sepit lebih panjang 1½ kali badannya
-Tubuh langsing/ ramping
-Alat kelaminnya terletak pada pangkal kaki jalan kelima
-Ada tonjolan pada kaki jalan kelima
b. Udang Galah Betina
-Lebih kecil dan lambat membesar
-Kaki sepit kecil dan lebih pendek
-Kepalanya kecil
-Tubuhnya lebih gemuk, kerana ada ruang telur
-Alat kelaminnya pada kaki jalan ketiga Tidak ada tonjolan pada kaki jalan kelima
Saiz: Boleh mencapai berat sehingga 600 gram
Taburan & Habitat
Asia:Lembangan Sungai Kalimantan, Kalimantan Barat
Semenanjung Malaysia: Sungai Pahang, Sungai Kerian, Sungai Perak dan terdapat di beberapa sungai kecil yang lain seperti Sungai Timun, Sungai Muar dan Sungai Kuala Selangor. Diet utamanya ialah anak udang dan anak ikan