PENGENALAN
Tongkat ali didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Di Malaysia tongkat ali digunakan secara meluas dalam penyediaan ubatan tradisional dan dijual dalam bentuk kapsul, tablet serta tonik. Lebih kurang 30 produk ubatan tradisional di negara ini mengandungi tongkat ali sama ada secara tulen atau campuran dengan herba yang lain. Permintaan terhadapnya dijangka akan terus meningkat dan dengan itu penanaman secara komersial sangat diperlukan. Pergantungan kepada bekalan daripada sumber semula jadi tidak menjamin kualitinya dan akan membuatnya semakin pupus.
KHASIAT DAN KEGUNAAN
Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (aphrodisiac). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya pening kepala, lukaluka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antivirus, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang. Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat di dalam akar. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat di dalam tongkat ali boleh meningkatkan aras testosteron (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian). la juga diperlukan dalam perkembangan organ seks dan otak.
Baca Selanjutnya...