MANGGIS (Garcinia mangostana) merupakan sajenis buah-buahan tropika dari keluarga Clusiaceae yang dipercayai berasal dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Di Malaysia tanaman manggis diusahakan secara tradisional semenjak dahulu dan ditanam bercampur dengan durian, rambutan, duku dan pokok dusun lain.
Pokok manggis adalah dari tumbuhan saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 7-25 meter dan mempunyai batang kayu yang keras. Pokok manggis adalah dari jenis pokok yang lambat tumbuh dan berbanding dengan tumbuhan lain seperti durian, rambutan, jambu batu dan sebagainya. Anak benih yang ditanam tumbuh sangat perlahan iaitu beberapa centimeter sahaja dalam satu bulan. Daun manggis berwarna hijau gelap dan tebal. Dahannya dari kayu keras dan mengeluarkan bunga di hujung atau di bahagian pucuk. Bunga manggis berwarna putih hijau dan terletak di hujung tunas. Akar tunjang pokok manggis agak kuat dan kukuh. Buah manggis berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada ungu coklat gelap apabila sudah masak. Buah manggis mempunyai 4-5 kelopak berwarna hijau dibahagian atas dan kelopak kecil2 dibahagian bawah buah. Isi buah manggis berwarna putih dan berbiji. Kulit manggis adalah tebal lingkungan 0.5-1.0 cm dan mengeluarkan cecair ungu bila di perah. Biji manggis berwarna coklat dan lembut.
Baca Selanjutnya...