Ikan puyu ini adalah daripada famili Anabantidae dan nama saintifiknya ialah Anabas testudineus. Lazimnya, ikan puyu mendiami kawasan di sawah, tali air serta sungai-sungai kecil yang merupakan habitat utama. Spesies ini hidup secara berkumpulan dan mudah dijumpai dengan memerhatikan riak di permukaan air kerana ikan puyu akan mengambil udara untuk bernafas ke permukaan air.
Terdapat 2 spesies Ikan Puyu yang biasa diternak di Malaysia iaitu 'Ikan Puyu Kampong' dan 'Ikan Puyu Siam'. Ikan puyu yang dipelihara adalah ikan puyu siam yang saiznya agak besar sedikit daripada baka ikan puyu tempatan yang terdapat di Malaysia. Ikan puyu menjadi pilihan dalam industri akuakultur kerana tahan lasak dan cepat membesar. Jangkamasa ternakan adalah dalam tempoh 3– 4 bulan bergantung kepada pengurusan ternakan melalui kadar pemberian makanan (FCR), kualiti benih dan kualiti air. Keadaan persekitaran yang menyerupai makanan organik adalah digalakkan di permukaan kolam dipenuhi dengan media seperti keladi bunting, kangkung, kiambang dan kemeling. Mengikut kajian, kolam ternakan yang paling baik adalah kolam tanah kerana habitat ikan ini datangnya dari persekitaran semulajadi seperti habitatnya.
Baca Selanjutnya...