​​​​​PENGENALAN

Dukung anak atau juga dikenali dengan buah amin ialah sejenis rumpai yang boleh tumbuh di kawasan yang mempunyai habitat yang berbeza. Tumbuhan ini banyak terdapat sama ada di kawasan lembap dan kering, di kawasan kebun atau tanah terbiar. Walaupun tumbuhan ini dianggap sebagai rumpai bagi petani, ia juga merupakan tumbuhan yang mempunyai khasiat perubatan yang bernilai bagi pengamal perubatan tradisional. Genus Phyllanthus ini mempunyai lebih 500 spesies dan sebahagian daripadanya mempunyai nilai perubatan dan digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit sama ada oleh penduduk di kawasan tropika atau suhu sederhana. Antara spesies ubatan yang digunakan di Malaysia ialah P. acidus (cermai), P emblica (pokok melaka) dan P. pluchea (naga buana).​


KHASIAT DAN KEGUNAAN

​Secara tradisi tumbuhan ini banyak digunakan dalam sistem perubatan Ayurvedik, Yunani, perubatan Cina dan Amerika Selatan untuk rawatan penyakit berkaitan buah pinggang seperti batu karang, malaria, asma, pelawas kencing, penambah selera makan dan penyakit yang berkaitan hati. Di Malaysia, tumbuhan ini banyak digunakan untuk rawatan kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa, cirit-birit, gatal­-gatal dan jaundis. Sejak akhir-akhir ini, kajian saintifik terhadap tumbuhan ini mula diberi perhatian khusus oleh para penyelidik memandangkan ia mempunyai sifat antivirus terutama virus hepatitis B.

​ 

 

Baca Selan​jutnya...