​Keledek ​​​​​​(Ipomoea batatas L) dari keluarga Convolvulaceae adalah tanaman saka yang hidup menjalar dan merupakan sejenis sayuran berubi yang kaya dengan karbohidrat dan karotena. Tanaman ini dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Barat Laut Amerika Latin. Penyebaran tanaman keledek ke Eropah dipercayai dilakukan oleh Christopher Columbus melaluai pelayaran-pelayaran penemuannya yang masyhur manakala pelayar-pelayar dan pedagang-pedagang Sepanyor serta Portugis memperkenalkannya ke Afrika dan Asia. ​Kini tanaman keledek terdapat di hampir keseluruhan kawasan tropika, subtropikal dan kawasan-kawasan hawa sederhana ketika musim panas. Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar utama keledek ialah Johor, Selangor, Kelantan dan Perak.


 

Nama Tempatan : Keledek
N​ama Saintifik   : Ipomoea Batatas 

KETERANGAN BOTANI

Batang :
Tumbuh merayap di tanah. Mempunyai buku dan ruas di mana sulur sisi boleh didapati dari batang utama. Akar serabut akan keluar dari buku batang sekiranya tersentuh.
Daun : 
Berbeza saiz mengikut kultivar dari jenis bulat ke jenis jejari. Berwarna hijau kekuningan sehingga haijau gelap dan tersusun secara berselang-seli. 
Bunga :
Bunga lima ranggi bercantum, berwarna putih hingga keunguan. Keluar secara sekuntum atau berkumpulan dan keluar dari ketiak daun. 
Akar :
Sistem akar serabut. Sebahagian dari sistem akar juga akan berfungsi sebagai penyimpan bahan makanan bagi menghasilkan ubi keledek.

 

JENIS KLON DISYORKAN

Gendut
Bukit Naga
Serdang 1
Kuala Bikam
Large White


 

KEPERLUAN ASAS TANAMAN
Suhu :
24°C hingga 32°C .
Taburan hujan : 
750 - 1000 mm/tahun . 
Jenis tanah :
Tanah peroi bersaliran baik dan tinggi kandungan bahan organan seperti tanah lom dan lempung pasir .
pH tanah :
5.5 - 6.5

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI
Masa kutipan hasil :
3 - 5 bulan selepas menanam .
Tanda kematangan : 
Daun bahagian bawah bertukar kekuningan dan beransur layu.
Penyimpanan :
Ubi keledek mestilah kering dan disimpan tempat teduh yang terbuka.

Image result for tanaman ubi keledek
 

Baca Selanjutnya...