Facebook Twitter Google+
Nanas (Ananas comosus) adalah sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. Ia diperkenalkan di Tanah Melayu dalam abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Mulai 1921 selaras dengan perkembangan tanaman getah, nanas seterusnya ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut di Johor.

 

Selain daripada Malaysia, pengeluar dan pengeksport utama nanas di dunia ialah Thailand, Filipina, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India, Indonesia dan Afrika Selatan. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di Negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negeri Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura.


Nenas sejenis tumbuhan yang tumbuh setinggi 50-150cm. Daun panjang dan tirus, hujung tajam, tepi daun berduri dan sebahagian varieti tidak berduri serta susunan berpilin. Bunga pada buah kedapatan sehingga 200 kuntum. Setiap satu jambak berwarna ungu kemerah-merahan yang boleh disenyawakan melalui pendebungaan untuk menjadi biji. Buah berwarna hijau ketika muda dan jingga atau merah apabila masak. Buah biasanya dimakan segar, ditinkan atau dijadikan jus. Pokok Nanas mengeluarkan 3 jenis sulur yang boleh digunakan untuk penanaman iaitu sulur angin, sulur tangkai dan sulur tanah. Varieti nanas yang ditanam di Malaysia terdiri daripada 3 kumpulan yang besar iaitu jenis Nanas Cayene, Nanas Spanish dan Nanas Queen.

Baca Selanjutnya...