Facebook Twitter Google+
MARKISA (Passiflora endulis) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga PASSIFLORACEAE yang sesuai ditanam di Malaysia untuk penghasilan buah bagi  kegunaan segar. Buah Markisa juga di kenali sebagai BUAH SUSU di negara kita tidak banyak ditanam secara komersial​​. Nama lain bagi buah ini adalah Passion Fruit (Inggeris), Lilikoi (Hawai), GranadilaParcha, Parchita, Parchita marucaya (Sepanyol), Grenadile, Couzou (Perancis), Marcuja peroja (Portugis) dan Linmangkon (Thailand).

 
Terdapat dua sepsis utama buah markisa iaitu Buah Warna Ungu dan Buah Warna Kuning. Tumbuhan spesis buah warna ungu banyak ditanam di Afrika dan India sementara jenis buah kuning ditanam di Australia, Brazil dan Equador. Markisa hidup dikawasan tropika dan sub-tropika.

 
Tumbuhan markisa merupakan sejenis pokok menjalar yang perlukan sokongan sulur dan melilit untuk mendapatkan cahaya matahari.  Batangnya berbentuk selinder berwarna hijau berkayu lembut yang mempunyai ruas-ruas yang mengeluarkan daun sulur paut  bunga dan buah. Daunnya berwarna hijau dengan bentuk jantung dengan 3 lekuk berukuran 8-20 cm panjang yang licin dipermukaan atas dan kasar dibahagian bawah. Warna daun bahagian bawah agak hijau pucat.  Bunga markisa terbit dari pangkal ruas satu unit dengan ukuran 5-7 – 5.0 cm dengan kelopak berwarna hijau dan rerambut berwarna ungu keputihan atau kuning bergantung kepada sepsis.  Buah markisa berbentuk bulat dengan kulit licin berkilat berwarna hijau dan bertukar kepada kuning atau ungu apabila masak mengikut varieti. Saiz buah berukuran 4-8 cm garis pusat mengandungi biji berwarna hitam dan manis apabila masak.

Baca Selanjutnya...