​​​Baka Lembu Breedlot

i.    Brahman

Berasal dari  India dan mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Mempunyai rangka badan yang besar
  • Mempunyai keupayaan kenaikan berat badan yang amat baik
  • Mempunyai bulu badan yang pendek dengan berbagai variasi warna iaitu putih, kelabu dan merah.
  • Mempunyai bonggol (hump) di belakang
  • Mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit dan cuaca panas
  • Mempunyai daya keibuan yang sangat baik

 Berat dewasa mencapai 800 – 1,100 kg jantan dan 500 – 700kg betina.

 

ii.    Droughtmaster

Berasal dari Queesland, Australia dan merupakan kacukan baka Shorthorn dengan baka Brahman dan mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Mempunyai rangka badan yang besar
  • Mempunyai keupayaan menghasilkan daging yang berkualiti tinggi
  • Mempunyai bulu badan yang pendek dengan  warna merah atau coklat kemerahan.
  • Mempunyai sifat yang jinak
  • Mempunyai kadar adaptasi yang baik dalam pelbagai keadaancuaca yang berbeza.
  • Mempunyai daya keibuan yang tinggi
  • Mempunyai reputasi tahap kesuburan yang baik

 Berat dewasa mencapai 500 – 700kg jantan dan 400 – 500 kg betina.

 

iii.   Charolais

Berasal dari bandar Charolles, Perancis dan mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Mempunyai rangka badan dan otot yang besar
  • Mempunyai keupayaan kenaikan berat badan yang amat baik
  • Mempunyai bulu badan yang pendek dan berwarna putih atau putih krim
  • Mempunyai sifat yang jinak
  • Mempunyai kadar adaptasi yang baik dalam pelbagai keadaan cuaca yang berbeza.

Berat dewasa mencapai 900 – 1,100 kg jantan dan 600 – 900 kg betina.


 

iv.   Limosin

Berasal dari Wilayah Limousin dan Marche, Perancis dan mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Mempunyai rangka badan dan otot yang besar
  • Mempunyai keupayaan kenaikan berat badan yang amat baik
  • Mempunyai bulu badan yang pendek dengan berbagai variasi warna tetapi yang biasa ialah coklat keemasan.
  • Mempunyai sifat yang jinak
  • Mempunyai kualiti karkas yang baik
  • Mempunyai daya keibuan yang sangat baik
  • Mempunyai kadar adaptasi yang baik
  • Menghasilkan daging yang lembut

Berat dewasa mencapai 700 – 1,200 kg jantan dan 600 – 700 kg betina.​

Baca Selanjutnya...