Ikan Kedera juga dikenali sebagai Mullet dalam Bahasa Inggeris. Ikan ini sering disamakan dengan ikan Belanak kerana mempunyai rupa bentuk yang hampir sama. Mendiami kawasan perairan pesisir tetapi biasa memasuki muara sungai dan sungai di mana mereka memakan mikroalga, alga filamen, dan detritus yang berkaitan dengan pasir dan lumpur. Berenang secara berkumpulan. Bertelur, dan biasa ditangkap menggunakan pukat hanyut; juga tertangkap sebagai bycatch. Dipasarkan secara segar, dimasin, direbus (Thailand), diproses dalam tin atau dibekukan. Sumber: Fishbase
Ikan Kedera juga dikenali dengan nama tempatan lain iaitu Loban, Belanak, Tamuk, Kemurak, termasuk dalam Famili MUGILIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah : -
Nama Sainstifik : Chelon planiceps
Nama Inggeris : Tade gray mullet
Nama tempatan yang sah : Belanak tade
Nama tempatan lain : Belanak, Belanak jempol, Belanak tamuk, Tamuk
Nama Sainstifik : Ellochelon vaigiensis
Nama Inggeris : Squaretail mullet
Nama tempatan yang sah : Belanak loban
Nama tempatan lain : Belanak, Belanak tamuk
Nama Sainstifik : Moolganda perusi
Nama Inggeris : Longfin mullet
Nama tempatan yang sah : Belanak sirip panjang
Nama tempatan lain : Kedera, Kemurak
Nama Sainstifik : Moolganda cunnesius
Nama Inggeris : Longam mullet
Nama tempatan yang sah : Kedera saya panjang
Nama tempatan lain : Anding, Belanak, Belanak anding, Belanak bakau, Kedera, Kemurak, Loban
Nama Sainstifik : Crenimugil buchanani
Nama Inggeris : Bluetail mullet
Nama tempatan yang sah : Kedera ekor biru
Nama tempatan lain : Belanak, Kedera
Habitat : Demersal
Lokaliti : Perairan murara hingga ke perairan pantai sehingga kedalaman 20 meter
Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Castnet, Trawler