Ikan Loban termasuk dalam Famili MUGILIDAE yang mempunyai nama tempatan yang lain antaranya ikan Belanak, Kedera, Tamuk, Kemurak. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah : -
Nama Sainstifik : Chelon planiceps
Nama Inggeris : Tade gray mullet
Nama tempatan yang sah : Belanak tade
Nama tempatan lain : Belanak, Belanak jempol, Belanak tamuk, Tamuk
Nama Sainstifik : Ellochelon vaigiensis
Nama Inggeris : Squaretail mullet
Nama tempatan yang sah : Belanak loban
Nama tempatan lain : Belanak, Belanak tamuk
Nama Sainstifik : Moolganda perusi
Nama Inggeris : Longfin mullet
Nama tempatan yang sah : Belanak sirip panjang
Nama tempatan lain : Kedera, Kemurak
Nama Sainstifik : Moolganda cunnesius
Nama Inggeris : Longam mullet
Nama tempatan yang sah : Kedera saya panjang
Nama tempatan lain : Anding, Belanak, Belanak anding, Belanak bakau, Kedera, Kemurak, Loban
Nama Sainstifik : Crenimugil buchanani
Nama Inggeris : Bluetail mullet
Nama tempatan yang sah : Kedera ekor biru
Nama tempatan lain : Belanak, Kedera
Habitat : Demersal
Lokaliti : Perairan murara hingga ke perairan pantai sehingga kedalaman 20 meter
Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Castnet, Trawler