​Ikan Cermin atau Sagai atau Cupak adalah spesies ikan kawasan pantai yang besar dari famili Carangidae. Spesies ini boleh dijumpai di perairan Lautan Pasifik, dari Afrika timur ke India, Asia, Indonesia dan Australia. Ikan dewasa cenderung untuk menduduki kawasan perairan pantai di atas terumbu, hingga ke kedalaman 100 m, sementara juvenile cenderung untuk menduduki di pelbagai persekitaran termasuk di muara dan kawasan yang banyak rumput laut. Ikan Cermin terkenal dengan lengkok yang ketara di bahagian dahi atau kepala. Ia adalah spesies yang besar, boleh membesar sehingga 165 cm dan berat 25 kg. Spesies ini bersifat karnivor, dan memakan perlbagai jenis ikan, cephalopoda dan krustasea.​

Ikan Cermin juga dikenali sebagai ikan Sagai, Cupak, Rambai​ terdiri dari famili CARANGIDAE. Spesies yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah:

​Nama sainstifik : Alectis ciliaris

Nama Inggeris : African popano

Nama tempatan yang sah : Rambai Ebek

​Nama tempatan lain :  Cermin, Ebek, Rambai, Landeh

Nama sainstifik : Alectis indica

Nama Inggeris : Diamond trevally

Nama tempatan yang sah : Rambai Sagai

​Nama tempatan lain :  Cermin, Cupak, Ebek, Putih, Rambai, Landeh, Sagai

​Nama sainstifik : Carangoides praeustus

Nama Inggeris : Brownback trevally

Nama tempatan yang sah : Demudok abu-abu

​Nama tempatan lain :  Cupak, Mudok, Putih, Selar, Selar abu-abu

Nama sainstifik : Carangoides malabaricus

Nama Inggeris : Malabar trevally

Nama tempatan yang sah : Demudok cermin

​Nama tempatan lain :  Cermin, Cupak, Putih, Rambai, Sagai

​Nama sainstifik : Carangoides caeruleopinnatus

Nama Inggeris : Coastal trevally

Nama tempatan yang sah : Demudok cupak

​Nama tempatan lain :  Cermin, Cupak, Putih, Rambai

Nama sainstifik : Carangoides talamparoides

Nama Inggeris : Imposter trevally

Nama tempatan yang sah : Demudok rambai

​Nama tempatan lain :  Demudok

Nama sainstifik : Carangoides armatus

Nama Inggeris : Longfin trevally

Nama tempatan yang sah : Demudok putih

​Nama tempatan lain :  Betek, Cermin, Demudok, Putih, Rambai, Sagai

Nama sainstifik : Carangoides hedlandensis

Nama Inggeris : Bumpnose trevally

Nama tempatan yang sah : Demudok lekuk

​Nama tempatan lain :  Cermin, Demudok, Putih

Nama sainstifik : Carangoides equula

Nama Inggeris : Whitefin trevally

Nama tempatan yang sah : Demudok sirip putih

​Nama tempatan lain :  Putih, Rambai

Nama sainstifik : Carangoides chrysophrys

Nama Inggeris : Longnosek trevally

Nama tempatan yang sah : Demudok muncung

​Nama tempatan lain :  Cermin, Putih, Rambai, Sagai

Nama sainstifik : Carangoides gymnostethus

Nama Inggeris : Bludger

Nama tempatan yang sah : Demudok nyior-nyior

​Nama tempatan lain :  Demudok, Jeemudok, Lemuduk, Mudok, Nyior-nyior​

Habitat : Demersal

Lokaliti : Terumbu karang, perairan pantai sehingga kedalaman 50 meter

Saiz : 40 - 50 sm panjang keseluruhan​

Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Trawler, Trap