​Ikan Banang berbadan panjang sehingga boleh mencapai antara 3.0 hingga 95 cm (1.2 hingga 37.4 in). Mereka mempunyai satu sirip dorsal, terletak jauh di hujung badan, hampir bertentangan dengan sirip anal. Antara ciri-ciri utama adalah mulut yang panjang, tirus dan mempunyai gigi yang tajam. Dalam kebanyakan spesies, rahang atas hanya akan mencapai panjang yang penuh apabila mencapai peringkat dewasa. Pada peringkat juvenile, rahang atas kelihatan lebih pendek daripada rahang bawah. Pada peringkat juvenile juga, ikan banang hanya akan makan plankton dan akan berubah diet dengan memakan ikan kecil apabila meningkat dewasa.

​​Ikan Banang  termasuk dalam 3 Famili iaitu ELOPIDAE, MEGALOPIDAE, ALBULIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-

Famili : ELOPIDAE

Nama sainstifik : Elops hawaiiensis

Nama Inggeris : Hawaian ladyfish

Nama tempatan yang sah : Banang bulat

​Nama tempatan lain :  Banang

Famili : MEGALOPIDAE

Nama sainstifik : Megalops cyprinoides

Nama Inggeris : Indo-Pacific tarpon

Nama tempatan yang sah : Bulan-bulan

​Nama tempatan lain :  Banang, Banang pipih, Bandaran, Bulan, Bulan-bulan, Pipih

Famili : ALBULIDAE

Nama sainstifik : Albula argentea

Nama Inggeris : Longjaw bonefish

Nama tempatan yang sah : Banang pisang

​Nama tempatan lain :  Banang bulat, Perpisang, Pisang-pisang

​Habitat : Pelagic

Lokaliti : Di lautan dan muara, lebih suka air payau dan menembusi air tawar

Saiz : 40 - 150 sm panjang keseluruhan​​

Tangkapan : Menggunakan Seine, Trawler, Hook & Line


Baca Selanjutnya...