Facebook Twitter Google+

Ikan aya terdiri dari famili Scrombidae. Antara spesies yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah:

  1. Aya hitam/Longtail tuna (Thuntus tongol)
  2. Aya kurik/Kawakawa (Euthynnus affinis)
  3. Aya selasih/Frigate tuna (Auxis thazard)
  4. Aya jalur/Skipjack tuna (Katsuwonus pelamis)

Purata pendaratan ikan aya hitam dan aya kurik adalah 19,000 t.m – 30,000 t.m/tahun. Manakala bagi ikan aya selasih dan aya jalur adalah dari 1,600 t.m – 9,000 t.m/tahun.

 

Selain daripada ikan aya, ikan tuna juga merupakan famili Scrombidae. Antara spesies yang biasa didaratkan di Malaysia adalah:

  1. Tuna sirip kuning/Yellowfin tuna (Thunnus albacores)
  2. Tuna mata besar/Bigeye tuna (Thunnus obesus)

Purata pendaratan bagi tuna sirip kuning dan tuna mata besar adalah dari 1,000 t.m – 6,000 t.m/tahun.