​​Ikan bilis terdiri dari famili Engraulidae. Spesies yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah:

  1. Ikan Bilis Bunga Air (Stolephorus indicus)
  2. Ikan Bilis Tembaga (Stolephorus commersonii)​

Purata pendaratan ikan bilis adalah 16,000 t.m – 23,000 t.m/tahun.

Habitat adalah di sekitar Indo-Pasifik: Laut Merah dan Afrika Selatan, termasuk Teluk Parsi, Madagascar dan Mauritius ke arah timur dan Hong Kong, Laut Arafura, pantai utara dan timur Australia dan seterusnya ke timur Samoa dan Tahiti. 

Spesies yang berenang secara berkumpulan dan biasa dijumpai di perairan pantai dan muara sungai. Sumber makanan yang paling berkemungkinan adalah zooplankton. (Sumber: Fishbase)

​​Ikan Bunga air termasuk dalam kumpulan ikan Bilis dalam Famili ENGRAULIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-

Nama sainstifik : Stolephorus commersonii

Nama Inggeris : Commerson's anchovy

Nama tempatan yang sah : Bilis tembaga

​Nama tempatan lain :  Besin, Bilis, Bunga air, Mempinis teri, Pusu, Teri

Nama sainstifik : Stolephorus inducus

Nama Inggeris : Indian anchovy

Nama tempatan yang sah : Bilis bunga air

​Nama tempatan lain :  Besin, Bilis, Bunga air, Mempinis teri, Pusu, Teri

Nama sainstifik : Encrasicholina devisi

Nama Inggeris : Devis' anchovy

Nama tempatan yang sah : Bunga air

​Nama tempatan lain :  Besin, Bilis, Bunga air, Mempinis teri, Pusu, Teri​

​​Habitat : Pelagik

Lokaliti : Perairan pantai sehingga kedalaman 20 meter

Saiz : 9 - 17sm panjang keseluruhan​​

Tangkapan : Menggunakan Trawler, Seine

Purata pendaratan ikan bilis adalah 16,000 t.m – 23,000 t.m/tahun.

Baca Selanjutnya...