Ikan Beliak Mata juga dikenali sebagai Ikan Puput, adalah spesies herring sirip panjang yang biasa dijumpai di perairan pantai Lautan Hindi Utara dan Lautan Pasifik Barat Laut. Ia adalah spesies yang agak besar, boleh mencapai panjang sehingga 45-60 sentimeter (18-24 in). Ia adalah spesies perikanan yang penting di Malaysia.

​Ikan Beliak mata dikenali juga dengan nama temapatan lain iaitu ikan Puput, Bersia, Kirang-kirang, Mata besar, Tirok, Ikan nipis termasuk dalam Famili PRISTIGASTERIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-

Nama sainstifik : Ilisha pristigastroides

Nama Inggeris : Javan ilisha

Nama tempatan yang sah : Puput Sarawak

​Nama tempatan lain :  Beliak mata, Mata besar, Puput, Tirok

Nama sainstifik : Ilisha filigera

Nama Inggeris : Coromandel ilisha

Nama tempatan yang sah : Puput tirok

​Nama tempatan lain :  Beliak mata, Mata besar, Kirang-kirang, Puput, Tirok

Nama sainstifik : Ilisha macrogaster

Nama Inggeris : Kalimantan ilisha

Nama tempatan yang sah : Puput Kalimantan

​Nama tempatan lain :  Beliak mata, Mata besar, Kirang-kirang, Puput, Tirok​

Nama sainstifik : Ilisha elongata

Nama Inggeris : Elongate ilisha

Nama tempatan yang sah : Puput bulan

​Nama tempatan lain :  Beliak mata, Kirang-kirang, Peruput, Puput, Puput Melaka, Tirok​​

Nama sainstifik : Ilisha kampeni

Nama Inggeris : Kampen's ilisha

Nama tempatan yang sah : Puput belalak

​Nama tempatan lain :  Beliak mata, Bersia, Kirang-kirang, Puput, Tirok​​​

Nama sainstifik : Ilisha melastoma

Nama Inggeris : Indian ilisha

Nama tempatan yang sah : Puput bersia

​Nama tempatan lain :  Beliak mata, Bersia, Kirang-kirang, Puput, Tirok​​​​

​​Habitat : Demersal

Lokaliti : Estuarin hingga perairan pantai sehingga kedalaman 40 meter

Saiz : 15 - 25 sm panjang keseluruhan​​

Tangkapan : Menggunakan Trawler, Gillnet​​​​​​


Baca Selanjutnya...