​​Ikan Sembilang atau Semilang adalah daripada famili Plotosidae, mempunyai bentuk ekor seperti ekor belut. Berasal dari Lautan Hindi dan Pasifik Barat, dan dari Jepun ke Australia dan Fiji. Famili ini mempunyai kira-kira 41 spesies dalam 10 genera. Separuh daripadanya adalah spesies air tawar. Ikan ini mempunyai bentuk badan seperti belut. Ekor mereka sama ada berbentuk runcing atau membulat. Kebanyakan spesies mempunyai empat pasang barbel, tiada sirip adipose yang hadir. Bahagian ekor terbentuk dengan bergabung dengan sirip dorsal kedua, sirip kaudal, dan sirip dubur, lalu membentuk satu sirip yang berterusan. Beberapa jenis ikan semilang ini boleh menyebabkan luka yang menyakitkan dan sengatan boleh mengakibatkan kematian. Mereka adalah bottom feeders dan menggunakan barbel di mulut mereka untuk mencari makanan.​

Ikan Sembilang atau Semilang termasuk dalam Famili PLOTOSIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah : -

Nama Sainstifik : Plotosus canius

Nama Inggeris : Grey eel catfish

​Nama tempatan yang sah : Semilang

Nama tempatan lain : -

Nama Sainstifik : Plotosus lineatus

Nama Inggeris : Striped eel catfish

​Nama tempatan yang sah : Semilang karang

Nama tempatan lain : Semilang

Habitat : Demersal berhampiran terumbu karang

Lokaliti : Perairan muara hinga ke perairan pantai yang cetek sehingga 40 meter kedalaman

Saiz : 14 - 150 sm panjang keseluruhan.

Tangkapan : Menggunakan  Trawler, Seine, Hook & Line​