Boleh dijumpai di Indo-Pasifik: Teluk Parsi, Laut Merah dan Natal, Afrika Selatan ke Kepulauan Society, utara ke selatan Korea, selatan ke Laut Arafura dan New South Wales. Terhad di pulau-pulau tinggi (Palau, Caroline dan Mariana) di Micronesia. Dilaporkan sejauh di pedalaman Malawi dan persimpangan Save-Runde di Zimbabwe. Boleh ditemui di Sungai Zambezi hingga Marromeu dan di Sungai Micelo hingga Malingapanzi. Laut China Selatan, Selat Taiwan, dan Laut China Timur

Ikan dewasa biasanya ditemui di laut, tetapi juvenil banyak ditemui di sungai, teluk, dan hutan bakau. Boleh juga dijumpai di sungai-sungai, lagun, tasik, dan paya. Spesies ini mempunyaia tolerasi pH yang luas (5.2-9.1) dan saliniti dari 0 hingga 100. Bersifat pemangsa, hanya makan ikan dan krustasea. Bertelur di perairan laut dalam sepanjang tahun. Larvanya adalah lutsinar dan menyerupai larva belut, tetapi dengan ekor bercabang. Juvenil biasanya memasuki kawasan air tawar dalam air yang jernih atau keruh. Dikenali dengan ciri unik bernafas di udara dengan naik secara kerap ke permukaan air untuk berbuat demikian. Ikan yang popular di kalangan pemancing. (Sumber: Fishbase)​

Ikan Bulan termasuk dalam Famili MEGALOPIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-

Nama sainstifik : Megalops cyprinoides

Nama Inggeris : Indo-Pacific tapon

Nama tempatan yang sah : Bulan-bulan

​Nama tempatan lain :  Banang, Banang pipih, Bandaran, Bulan, Bulan-bulan, pipih

Habitat : Pelagik

Lokaliti : Perairan muara dan laut tetapi lebih kepada air payau dan memasuki ke perairan air tawar.

Saiz : 40-150 sm panjang keseluruhan​

Tangkapan : Menggunakan Seine, Trawler, Hook & Line


Baca Selanjutnya...