Ikan Ebek atau Diamond Trevally merupakan salah satu daripada tiga spesies ikan jack, daripada genus Alectis di mana kumpulan ikan ini datang daripada 33 genera dalam keluarga Carangidae. Taburan ikan ebek ini tertumpu di kawasan tropika seperti di Lautan Hindi dan Barat Laut Pasifik merangkumi Madagascar, Afrika Timur, Laut Merah hingga ke India, China, Asa Tenggara, utara Jepun sehingga Selatan Indonesia serta utara Australia. Seperti namanya, ikan ini mempunyai bentuk badan seperti diamond, mempunyai bentuk bersudut yang agak menonjol selain daripada badan nipis mampat yang kuat. Kebiasaannya, ikan ebek menghuni kawasan perairan berbatu karang yang mempunyai kedalaman sekitar 20 meter hingga 100 meter sebagai habitatnya. Ikan ini dijual dengan harga sekitar RM 15 hingga RM 17 sekilogram. Pendaratan tahunan adalah sekitar 800 tan dan paling banyak didaratkan di Kelantan​