Ikan Delah dikenali sebagai Yellowtail Fusilier. Biasanya terdapat di kawasan berlumpur pada kedalaman 1-30 m di kawasan pesisiran pantai, biasanya terdapat di batu karang dan terumbu karang. Berenang secara berkumpulan di pertengahan air dan memakan zooplankton. Bertelur dengan banyak. Banyak ditangkap oleh pukat nelayan dan perangkap ikan di barat Thailand dan Malaysia; juga ditangkap oleh pelbagai kaedah termasuk pukat tunda, pukat hanyut. Merupakan spesies caesionid yang paling lama hidup di lautan.
Ikan Delah termasuk dalam Famili CAESIONIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Nama sainstifik : Caesio caerulaurea
Nama Inggeris : Blue and gold fusilier
Nama tempatan yang sah : Delah biru emas
Nama tempatan lain : Delah, Pisang-pinang, Pisang-pisang, Sulit
Nama sainstifik : Caesio cuning
Nama Inggeris : Redbelly yellowtail fusilier
Nama tempatan yang sah : Delah pinang
Nama tempatan lain : Anjang-anjang, Delah, Pisang-pinang, Pisang-pisang, Sulit
Nama sainstifik : Caesio hunaris
Nama Inggeris : Lunar fusilier
Nama tempatan yang sah : Delah jejalau
Nama tempatan lain : Jenjalau, Jenjalu
Nama sainstifik : Pterocaesio chrysozona
Nama Inggeris : Goldband fusilier
Nama tempatan yang sah : Sulit jalur emas
Nama tempatan lain : Anjang-anjang, Delah, Pinang-pinang, Pisang-pisang, Sulit
Nama sainstifik : Pterocaesio diagramma
Nama Inggeris : Double-lined fusilier
Nama tempatan yang sah : Sulit dwijalur
Nama tempatan lain : Anjang-anjang, Delah, Pinang-pinang, Pisang-pisang, Sulit
Nama sainstifik : Pterocaesio tessellata
Nama Inggeris : One-stripe fusilier
Nama tempatan yang sah : Sulit sejalur
Nama tempatan lain : Anjang-anjang, Delah, Pinang-pinang, Pisang-pisang, Sulit
Habitat : Demersal berhampiran terumbu karang
Lokaliti : Perairan terumbu yang cetek sehingga kedalaman 30 meter
Saiz : 15 - 25 sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Trawler, Trap, Gillnet, Hook & Line