Facebook Twitter Google+

Ikan Lolong terdiri dari dua famili iaitu Priacanthidae dan Carangidae. Antara spesies daripada family Priacanthidae yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah :

i) Lolong Bara Berbintik Kuning

ii) Lolong Bara Tompok

iii) Lolong Bara Ekor Sabit

iv) Lolong Bara Berbintik Hitam (Priacanthus tayenus)

Manakala bagi famili Carangidae yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah:

i) Lolong Kuning (Selar boops)

ii) Lolong Mata besar (Selar crumenophthalmus)

Ikan Lolong termasuk dalam dua famili  iaitu PRIACANTHIDAE danCARANGIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-

Famili : PRIACANTHIDAE 

​Nama sainstifik : Priacanthus blochi
Nama Inggeris : Shortfin bigeye
Nama tempatan yang sah : Lolong bara tompok
​Nama tempatan lain :  Barau-barau laut, Lolong bara, Mata Besar, Temenggong

​Nama sainstifik : Priacanthus sagittarius
Nama Inggeris : Arrow bulleye
Nama tempatan yang sah : Lolong bara berbintik perang
​Nama tempatan lain :  Barau-barau laut, Lolong bara, Mata Besar, Panda merahTemenggong

​Nama sainstifik : Priacanthus macracanthus
Nama Inggeris : Brownspot bigeye
Nama tempatan yang sah : Lolong bara berbintik kuning
​Nama tempatan lain :  Barau-barau laut, Lolong bara, Mata Besar, Pada merah,Temenggong

​Nama sainstifik : Priacanthus tayenus
Nama Inggeris : Purple-spotted bigeye
Nama tempatan yang sah : Lolong bara berbintik hitam
​Nama tempatan lain :  Barau-barau laut, Lolong bara, Mata Besar, Pada merah,Temenggong

Famili : CARANGIDAE

Nama sainstifik : Selar boops
Nama Inggeris : Oxeye scad
Nama tempatan yang sah : Lolong kuning
​Nama tempatan lain :  Basang-basang, Lolong, Lolong jalur, Lolong merah, Mata besar, Selar, Selar bulat, Selar kuning, Selar kuning jantan, Selar pucat, Temenong, Tulai

Nama sainstifik : Selar crumenophthalmus
Nama Inggeris : Bigeye scad
Nama tempatan yang sah : Lolong mata besar
​Nama tempatan lain :  Basung, Jamah, Lolong, Lolong jalur, Mata besar, Pelata bulat, Selar, Selar kuning jantan, Selar pucat, Temenong, Tulai

Habitat : Demersal berhampiran terumbu (Famili PRIACANTHIDAE)

Lokaliti : Perairan pantai yang sehingga kedalaman 100 meter

Saiz : 15 - 25 sm panjang keseluruhan​


Habitat : Pelagik (Famili CARANGIDAE)

Lokaliti : Perairan pantai yang sehingga kedalaman 40 meter

Saiz : 22 - 25 sm panjang keseluruhan​​


Purata pendaratan ikan lolong bara adalah 17,000 t.m – 30,000 t.m/tahun.

​Purata pendaratan ikan lolong adalah 21,000 t.m – 26,000 t.m/tahun.


Baca Selanjutnya...