Ikan Asuh atau kadang-kadang dipanggil ikan landok ditemui terutamanya di perairan tropika di Indo-Pasifik dan Lautan India.

Landok bersifat karnivor dasar laut yang memakan invertebrata dan ikan kecil. Sesetengah spesies mempunyai gigi molarifom yang mereka gunakan untuk makan invertebrata seperti moluska dan ketam. Landok boleh berenang bersendirian atau berkumpulan dan biasanya tidak bersifat wilayah. Mereka mempunyai mata besar yang memudahkan mereka untuk makan pada waktu malam.

Terdapat kira-kira 41 spesies landok dari famili Lethrinidae di seluruh dunia. Di perairan Malaysia terdapat 5 genus dan kira-kira 29 spesies.​

​Ikan Asuh-asuh juga dikenali dengan nama tempatan lain sebagai Pelandok, Ketambak, Landuk, Pelanduk yang termasuk dalam Famili LETHRINIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-

Nama sainstifik : Gymnocranius frenatus

Nama Inggeris : Yellosnout large-eye bream

Nama tempatan yang sah : Mempasir mutiara

​Nama tempatan lain :  Kapas-kapas laut, Mempasir, Pelanduk, Senoncing

Nama sainstifik : Lethrinus atkinsoni

Nama Inggeris : Pacific yellowtail emperor

Nama tempatan yang sah : Landok ekor kuning

​Nama tempatan lain :  Ketambak, Landuk, Mempinang, Senoncing

Nama sainstifik : Lethrinus harak

Nama Inggeris : Thumbprint emperor

Nama tempatan yang sah : Landok tanda

​Nama tempatan lain :  Asuh-asuh, Dalu-dalu, Gertah, Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing

Nama sainstifik : Lethrinus lentjan

Nama Inggeris : Pink-eart emperor

Nama tempatan yang sah : Landok calit merah

​Nama tempatan lain :  Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing​​

Nama sainstifik : Lethrinus ornatus

Nama Inggeris : Ornatet emperor, Red-snout emperor

Nama tempatan yang sah : Landok jalur jingga

​Nama tempatan lain : Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing​​

Nama sainstifik : Lethrinus erythropterus

Nama Inggeris : Longfin emperor

Nama tempatan yang sah : Landok bibir merah

​Nama tempatan lain :  Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing​​

Nama sainstifik : Lethrinus semicintus

Nama Inggeris : Blacktooth emperor

Nama tempatan yang sah : Landok gertah

​Nama tempatan lain :  Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk

Nama sainstifik : Lethrinus genivittatus

Nama Inggeris : Longspine emperor

Nama tempatan yang sah : Landok sirip bintik

​Nama tempatan lain :  Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing

Nama sainstifik : Lethrinus obsoletus

Nama Inggeris : Orange-striped emperor

Nama tempatan yang sah : Landok kercing

​Nama tempatan lain :  Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing

Nama sainstifik : Lethrinus erythracanthus

Nama Inggeris : Orange-spotted emperor

Nama tempatan yang sah : Landok bintik jingga

​Nama tempatan lain :  Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing​

Nama sainstifik : Lethrinus microdon

Nama Inggeris : Smalltooth emperor

Nama tempatan yang sah : Landok muncung

​Nama tempatan lain :  Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing​​

Nama sainstifik : Lethrinus olivaceus

Nama Inggeris : Longface emperor

Nama tempatan yang sah : Landok ketambak

​Nama tempatan lain :  Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing​​​​

Habitat : Demersal

Lokaliti : Mendiami dasar berpasir di perairan pantai, lagun dalam dan berhampran terumbu karang sehingga kedalaman 50 meter

Saiz : 40 -52 sm panjang keseluruhan​

Tangkapan : Menggunakan Trawler, Hook & Line, Gillnet​​​​​​


Baca Selanjutnya...